KUALA LUMPUR– Pemain kebangsaan Thailand, Sanrawat Dechmitr sah memperkuatkan Kedah FC.
Kemasukan pemain kelahiran Samut Prakan Thailand itu diumumkan Kedah FC siang tadi.
Khidmat pemain berusia 32 tahun itu ditagih bagi mengisi Dennis Buschening dalam kuota pemain ASEAN dan Sanrawat akan bermain sebagai pemain pinjaman bagi membantu Kedah mengharungi baki saingan Liga Super 2022 serta Piala AFC 2022 yang bermula hujung bulan ini.
Pemain tengah Thailand itu pernah beraksi untuk Tampine Rovers pada 2008-2008, Bangkok Glass (2009-2010), BEC Tero Sasana (2011-2013), Bangkok United (2013) dan Ratchaburi Mitr Phol secara pinjaman pada 2021-2022.
Sanrawat pernah memperkuatkan pasukan Bawah 23 (B-23) Thailand pada 2010 dan beraksi untuk skuad kebangsaan mulai 2013.
Di media sosial, penyokong Kedah FC mengalu-alukan kehadiran Sanrawat yang diharap dapat membantu pasukan kesayangan mereka keluar daripada aksi kurang konsisten sejak kebelakangan ini.
RENTAS7 /Foto:Kedah Darul Aman FC
Leave a Reply