Tiga nelayan tangkap ikan cara haram ditahan

Dua nelayan tempatan dan seorang nelayan asing ditahan kerana melanggar undang-undang ditetapkan

MIRI-Tiga nelayan yang menangkap ikan secara haram pada jarak lebih kurang 20 batu nautika barat Kuala Niah di perairan Miri ditahan pada 1 Jun lalu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua nelayan tempatan dan seorang nelayan Indonesia itu menggunakan bubu ikan tidak berlesen dan bom ikan.

Menurutnya, tindakan tiga nelayan berkenaan bergerak dalam keadaan bergelap mendatangkan curiga kepada pihak berkuasa sebelum bertindak menahan mereka.

“Bot tersebut dikendalikan tiga kru lelaki, dua warga tempatan termasuk tekong dan seorang kru warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

“Kesemua kru, bot dan juga anggaran 900 kilogram ikan campur telah ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah pada lesen.

Rentas7.com/ Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.