Apa yang kau buat De Paula?

De Paula (kanan) dan Liridon tidak membawa impak kepada skuad kebangsaan

KUALA LUMPUR-Permainan serba tidak menjadi punca kekalahan 4-0 skuad negara di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel Dubai awal pagi tadi.

Di sebalik kekalahan memalukan itu, pemain naturalisasi kebangsaan Guilherme De Paula seakan menjadi duri dalam daging bagi Harimau Malaya apabila beraksi longlai sepanjang tempoh permainan.

Pemain itu tidak menunjukkan komitmen untuk beraksi dengan baik, sebaliknya kehadirannya dalam skuad kali ini bagaikan hanya mencukupkan 11 pemain di atas padang.

Tidak cukup dengan De Paula juga dilihat ‘malas’ melakukan tugasannya sebagai penyerang, dia lebih selesa menunggu dan melihat daripada berlari dan mengasak pertahanan UAE.

Entah di mana silapnya, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe bertindak membiarkan penyerang itu beraksi penuh sepanjang permainan tanpa menukarkan dengan pemain lebih berkualiti.

Aksi De Paula turut menerima kecaman hebat seluruh penyokong skuad Harimau Malaya di media sosial yang mahu pemain itu digugurkan segera daripada skuad kebangsaan.

Selain Di Paula, seorang lagi pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi yang bermain di bahagian tengah menyerang skuad negara gagal membawa impak kepada corak permainan skuad negara.

Pemain itu gagal menjana serangan serta membuat hantaran berkualiti kepada pemain sayap dan penyerang.

Antara lain kelemahan Liridon yang sepatutnya ditukar lebih awal ialah tidak mempunyai larian yang pantas hingga menjejaskan tempo permainan skuad negara.

Malaysia dengan sembilan mata jatuh ke tangga keempat daripada lima pasukan bagi Kumpulan G bagaimanapun masih berpeluang layak ke Piala Asia 2023 sekiranya menang dalam dua lagi aksi menentang Vietnam dan Thailand.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan G, Thailand diikat Indonesia 2-2.

Rentas7.com/ Foto: Perkembangan Bola Sepak Tempatan dan Antarabangsa

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.