PKP tidak dilanjutkan, ganti PKPB

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR-Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara kecuali Sarawak yang akan berakhir 4 Februari depan tidak dilanjutkan.

Menurutnya, ia sebaliknya akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, keputusan tidak meneruskan PKP dibuat bagi mengelakkan impak negatif kepada ekonomi negara.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei kita alan dapat turunkan kes kembali ke dua angka,”katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, kepentingan ekonomi dan kesihatan perlu diseimbangkan

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.