Kalah selepas selesa tiga gol, penyokong sifat pemain tamak

ALOR SETAR– Lang Merah tewas dalam aksi penuh dramatik di Stadium Darul Aman malam tadi walaupun telah selesa dengan tiga gol awal.

Kedah yang mencari tiga mata berharga di hadapan kira-kira 10,000 penyokong tewas 4-3 kepada Terengganu.

Dalam aksi itu, Kedah berjaya memadam jaringan awal Dominique Da Sylva pada minit kedua untuk selesa dengan 3-1.

Bagaimanapun jaringan Renan Alves minit ke-19, Kpah Sherman minit ke-21 dan Kipre Tchetche minit ke-61 gagal dipertahankan.

Kedah mempunyai deretan peluang menambah gol, namun ia gagal diterjemah secara berpasukan.

Ada pemain lebih selesa memburu gol peribadi hingga merugikan tuan rumah.

Kekalahan kedua anak buah Aidil Sharin Sahak itu menimbulkan reaksi berbeza dalam kalangan penyokong apabila ada yang berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan serta berang dengan keputusan berkenaan.

Rata-rata penyokong yang tidak berpuas hati menyifatkan sikap tamak punca kepada kekalahan pasukan Kedah dan luahan itu dicoretkan di Facebook Kedah FA.

Zulharmizam Mamat menulis: “jika macam ini main defend dengan sikap tamak pemain nak score gol, jangan haraplah nak dapat sekurangnya satu piala tahun ini,” katanya.

Antara komen netizen terhadap pasukan Kedah

Pengguna dengan akaun Facebook Pedang Geng menyalahkan sikap tamak pemain termasuk penjaga gol.

“Penjaga gol ceroy…pemain pula tamak..dah tau susah nak buh gol..tak tau nak hantar bola kepada kawan yang boleh jaringkan gol,”, katanya.

Siakkenari Wanie pula menulis: “sikap tamak punca segalanya”.

Lagi kome daripada penyokong
komen netizen

Kekalahan pada perlawanan kedua menyaksikan Kedah tanpa sebarang mata berada di tangga kesembilan Liga Super daripada 12 pasukan.

Rentas7.com Foto: FA Kedah

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.