Laporan: Fatimoh Ja’ae
PATANI-Sekumpulan tentera Thailand bertempiaran lari apabila landasan keretapi yang mereka lalui tiba-tiba meletus dengan dentuman bom yang kuat.
Rakaman CCTV menunjukkan lima anggota sedang rondaan rutin, tetapi dua daripadanya tidak sempat melarikan diri dan mengalami kecederaan parah.
Letupan berlaku di Kampung Maruebo Tok, Mukim Maruebo Tok, Daerah Ra-Ngae, kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan semalam (27 Oktober 2025), ketika pasukan tentera Thai melakukan rondaan rutin di laluan keretapi Sungai Golok–Yala.
Letupan menyebabkan laluan mengalami kerosakan dan terpaksa ditutup sementara manakala perkhidmatan ditangguhkan.
Pihak berkuasa percaya bom yang digunakan dipercayai bom buatan sendiri (IED).
RENTAS7








Leave a Reply