Suspek bunuh wanita hilang ditangkap

Polis menahan lelaki itu di rumahnya

PATANI-Suspek pembunuh wanita yang dilaporkan hilang sejak Disember lalu ditahan Polis Thailand.

Lelaki berkenaan ditahan di sebuah rumah dalam Wilayah Narathiwat pada 8 Januari lalu lapor media tempatan.

Media sebelum ini melaporkan, Maria Chena berusia 28 tahun sebelum ini dari Kampung Air Setia’ru daerah Airon dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Kehilangan wanita itu disusuli dengan penemuan mayatnya pada 6 Januari lalu oleh penduduk di Kampung Benang Paya daerah Muang, Narathiwat.

Artikel berkaitan:http://rentas7.com/wanita-hilang-ditemui-mati/

Mangsa dipercayai keluar bagi bertemu rakannya di daerah Yingo sebelum berlakunya kejadian tragis itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.