Pembukaan dan pengoperasian kaunter APAD dalam tempoh PKP

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ingin menarik perhatian semua pihak mengenai pembukaan dan pengoperasian kaunter APAD bermula 29 April 2020 ini.

Operasi kaunter adalah pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang sahaja.

Pejabat Wilayah APAD dan kaunter APAD yang akan beroperasi adalah seperti di Lampiran 1. Perintah ini
adalah selaras dengan kenyataan media YB Menteri Kanan (Keselamatan) pada 23 April 2020.

Selaras dengan ketetapan ini, jenis permohonan yang diterima di kaunter APAD adalah
seperti berikut:
I. Permohonan Membaharui Lesen
II. Permohonan Semula
III. Permohonan Melesenkan Kenderaan Mengikut Surat Tawaran Kelulusan
(STK)
IV. Serahan Dokumen Kelulusan
V. Kad Pemandu
Bagi lain-lain perkhidmatan APAD di kaunter, arahan pengoperasian akan dikeluarkan kelak
berdasarkan perkembangan semasa isu pandemik Covid-19 dan keputusan Kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Senarai pembukaan dan pengoperasian kaunter APAD bermula 29 April 2020

Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP yang telah diarahkan, orang ramai yang datang berurusan di kaunter APAD adalah dinasihatkan untuk memastikan segala garis panduan pencegahan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memastikan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan dan sentiasa menjaga penjarakkan sosial.

Sememangnya pengurusan APAD sentiasa komited dalam memastikan
perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan khususnya dalam situasi
pandemik Covid-19 ini.

Ibu Pejabat
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kementerian Pengangkutan Malaysia

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.