Mat Sabu sambung rutin santuni penduduk

KUALA LUMPUR– Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyambung rutin menyantuni penduduk pada hari ketiga Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara.

Mohamad berkata, beliau pada pagi ini bersarapan di Kampung Kota Hicom di Kota Raja sambil mendengar pandangan penduduk mengenai politik semasa.

“Pagi tadi bertemu penduduk setempat dan bersarapan di Kampung Melayu Hicom di Kota Raja.

“Mengambil peluang bercerita dan mendengar pandangan mereka seputar isu politik dan setempat yang berlaku,”katanya di Facebooknya hari ini.

Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu antara pemimpin yang sering menyantuni masyarakat walaupun sibuk dengan tugas menteri sebelum ini.

Beliau juga tidak kekok bertemu rakan-rakan lama dalam PAS biarpun berbeza parti.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.