Tiada kes jemaah dijangkiti COVID-19 diterima Arab Saudi

Tiada kes COVID-19 dilaporkan menjangkiti jemaah umrah

JEDDAH – Tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan lima juta jemaah umrah yang diterima Arab Saudi tahun ini, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohamed Saleh Benten.

Memetik The Islamic Information (TII), kenyataan rasmi itu dikeluarkan selepas pertemuan Mohamed Saleh dengan Gabenor kota Makkah, Putera Khaled Al-Faisal di Jeddah.

Arab Saudi sejak Mac menangguhkan ibadah umrah berikutan pandemik COVID-19 sebelum membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah pada 4 Oktober melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Negara tersebut juga menghadkan tidak lebih 1000 jemaah bagi menunaikan haji bagi 2020 pada Julai lalu.

Bagaimanapun, Arab Saudi dilaporkan menangguhkan Umrah selama tiga minggu susulan mutasi baru COVID-19 yang dikesan di United Kingdom.

Rentas7.com/ Foto: TII

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.