Seluruh masjid Baling diarah perketat SOP

BALING-Seluruh masjid dalam daerah Baling diarahkan memperketatkan kawalan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung pandemik COVID-19.

Imam Masjid Al Syakirin Bukit Hijau, Ilyas Md Nor berkata, arahan daripada pihak berwajib itu berkuatkuasa hari ini.

“Seluruh masjid dalam Baling diarahkan ikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Setiap jemaah yang hadir untuk solat fardu dan solat Jumaat diwajibkan untuk menyukat suhu, pakai pelitup muka, memakai cecair pembasmi kuman dan bawa sejadah sendiri,”katanya hari ini.

Beliau berkata, jemaah yang tidak ikut SOP dihalang masuk ke masjid.

“Walaupun tak ikut salah satu SOP seperti membawa sejadah, jemaah diarahkan balik. Ini untuk kebaikan semua.

Ilyas Md Nor

“Marilah kita berdoa supaya ALLAH mengangkat COVID-19 daripada negara ini,”katanya yang turut mengingatkan jemaah untuk berwuduk dari rumah.

Setakat petang ini, Baling telah disahkan lapan kes COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.