Terkejut jumpa ular dalam singki

SIK- Siapa tidak terkejut apabila mendapati ada ular tedung sedang melingkar dalam sinki premis pemprosesan kuih bahulu. (gambar)

Itulah situasi menakutkan yang berlaku Kampung Tandop Pisang pada malam kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Skuad Charlie APM Sik diketuai Sarjan (PA) Done Bakar bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan awam pada jam 9.03 malam.

“Setibanya di lokasi, kami memeriksa dan mendapati seekor ular tedung senduk sepanjang 0.6 meter dan berat 0.5 kilogram berada di bawah raga berisi telur ayam dalam sinki rumah pengadu.

Reptilia berkenaan berjaya ditangkap anggota APM

“Pengadu menyedari kehadiran ular berkenaan sewaktu sedang membasuh telur ayam tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, reptilia berkenaan dapat ditangkap dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas.

Sebarang kes kecemasan boleh hubungi APM Sik di talian 04-4698221.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.