Sanusi tolak suara perpecahan

Sanusi dalam majlis berkenaan

KUALA LUMPUR-Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan ketegasan menolak “suara-suara” yang menyeru kepada perpecahan.

Sebaliknya beliau menuntut untuk politik yang tidak mementingkan diri sendiri.

“Kita adalah ejen perpaduan ummah. Kalau ada suara-suara yang menyeru kepada perpecahan, saya minta maaf, saya tidak dapat ikut suara itu!”

“Kita kena tunjuk politik kita yang baik, yang wara’, tidak rakus, tidak tamak,” katanya dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan secara berkelompok bagi PAS Kawasan Pandan dan Ampang semalam.

Dalam majlis itu, Sanusi menekankan kepentingan penyatuan ummah yang merentasi politik kepartian, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik peribadi.

“Alhamdulillah, setakat ini ahli-ahli PAS faham mesej ini. Mesej ini besar. Hanya mampu difahami dan dipikul oleh mereka yang berjiwa besar,” katanya.

Turut hadir Bendahari Agung PAS, Dato’ Iskandar Abd Samad , Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahrir.

Rentas7/ Foto: UPDA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.