Sekolah mula dibuka penuh

Dr. Radzi Jidin

KUALA LUMPUR– Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 bakal memulakan persekolahan bermula 15 Julai ini.

Arahan terbaru daripada kementerian itu turut membabitkan kelas peralihan dan murid Tahun 5 dan 6 di sekolah rendah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula akan mula bersekolah pada 22 Julai ini.

Menurutnya, tarikh pembukaan sekolah terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,”katanya yang dipetik daripada Berita Harian online hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media di sini hari ini.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.