Maut tercampak dari jambatan

Mangsa dikatakan terjatuh daripada jambatan selepas kemalangan

KULIM– Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) Kubang Semang hari ini.

Mangsa dikatakan tercampak dari jambatan setinggi 12 meter.

Difahamkan, mangsa menaiki motosikal jenis Honda Vario manakala seorang lagi penunggang yang terbabit dalam kemalangan itu menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135.

Punca kemalangan belum dikenal pasti.

Rentas7.com/ Foto: Kulim Crime

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.