Qunut Nazilah tolak COVID-19, pilu…

KUPANG-Imam Masjid Ehsaniah Pekan Kupang hari ini membaca doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat bagi memohon bantuan ALLAH daripada wabak COVID-19.

Doa itu diaminkan oleh ratusan jemaah yang hadir menunaikan kewajipan mingguan itu.

Suasana pilu dirasai tatkala imam membaca bait-bait doa.

Sebelum itu, khatib dalam khutbah Jumaat menggalakkan jemaah memperbanyakkan sedekah sebagai salah satu usaha mengelakkan wabak.

Kluster Tawar yang berpunca daripada keluarga India mencetuskan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun keadaan dalam peringkat terkawal dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan itu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah mengesahkan jangkitan baharu COVID-19 melonjak 20 kes, hari ini.

11 kes daripadanya Kluster Tawar di Baling.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.