Kontak rapat sumbang kes tinggi di Kedah

ALOR SETAR– Saringan kontak rapat menjadi penyumbang jumlah kes tertinggi positif COVID-19 di Kedah, hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, saringan kontak rapat merekodkan jumlah sebanyak 66 kes daripada 142 kes secara keseluruhan.

Saringan kontak rapat di penjara transit Sungai Petani pula menjadi penyumbang kedua terbesar iaitu dengan 39 kes, diikuti lain-lain kes.

Di Sungai Petani, daerah itu terus mencatatkan peningkatan kes harian iaitu sebanyak 89 kes.

Ia diikuti Baling dengan 17 Kes, Kulim (11), Alor Setar (10), Pendang (6), Sik (6), Langkawi (4), Kubang Pasu (3), Bandar Baharu (2) dan Padang Terap 1 kes.

Bagi kes harian di seluruh negara pula mencatatkan sebanyak 3,306 kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.