Kereta hilang kawalan, terbabas

Kereta berkenaan hilang kawalan sebelum kemalangan

KUCHING– Seorang lelaki selamat selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Sultan Tengah siang tadi.

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya berkata, mangsa berusia 50 tahun memandu kereta jenis Perodua Alza.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas. Bagaimanapun lelaki berkenaan selamat,”katanya.

Menurutnya, pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan mengalihkan bateri kenderaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.