Sanggup tinggal jadual kempen demi selesaikan urusan jenazah penduduk

Dato' Najmi mendoakan kebaikan jenazah selepas selesai solat

 

BALING-Calon DUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad sanggup meninggalkan kempen pilihan raya demi menunaikan tanggungjawab sebagai imam solat jenazah.

Beliau mewakili Perikatan Nasional (PN) hadir ke Masjid Al -Ubudiah Ketemba Kuala Pegang petang tadi.

Dato’ Najmi berkata, menunaikan tanggungjawab ke atas saudara seagama adalah lebih penting dan utama.

“Saya hadir untuk solat jenazah selepas dapat tahu ada kematian dalam DUN saya. Maka saya tinggalkan jadual asal ke tempat lain.

“Di masjid, saya diminta jadi imam. Alhamdulillah semuanya dapat disempurnakan,”katanya kepada RENTAS7.

Beliau berkata, mengimamkan solat jenazah sudah menjadi tanggungjawab ketika masih dalam perkhidmatan KAGAT.

Ia diteruskan sebagai ADUN pada penggal lalu hinggalah kini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.