Penantian tunggu pintu sempadan darat Malaysia-Thai dibuka

Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand belum dibuka kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR-Warga Patani di Malaysia yang mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan masih menaruh harapan supaya pintu sempadan darat Malaysia-Thailand dibuka tahun ini.

Ini kerana, mereka masih belum boleh pulang ke Thailand bersama pasangan ekoran pintu sempadan darat belum dibuka kepada rakyat Malaysia.

“Susah untuk pulang tanpa suami dan anak warga Malaysia.

“Maka kebanyakan rakyat Patani yang mempunyai talian perkahwinan dengan rakyat Malaysia perlu menunggu sempadan darat dibuka kepada rakyat negara ini,”kata seorang wanita penduduk asal Patani Darussalam, wilayah yang dicantum paksa ke dalam Thailand.

Ketika ini rakyat Malaysia hanya boleh ke Thailand menggunakan laluan udara dan hanya tiga lapangan kapal terbang di utara Thailand yang melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Ia beerti kos perlu ditanggung lebih mahal berbanding memasuki Thailand mengikut sempadan darat.

Kemasukan ke Thailand menggunakan sempadan darat hanya dibuka untuk rakyat Thailand.

Sekiranya  ada rakyat Malaysia dibenarkan untuk laluan darat pun, ia hanya melibatkan sektor ekonomi penting.

Pembukaan sempadan darat kepada rakyat Malaysia belum diputuskan kerajaan Malaysia-Thailand menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ingin melancong ke sana masih tertunggu-tunggu.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.