KP SPRM bebas kesalahan

Kenyataan dikeluarkan SPRM berhubung Azam Baki

KUALA LUMPUR-Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki meluah rasa syukur selepas Suruhanjaya Sekuriti mendapati tiada kesalahan dilakukannya.

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti yang telah mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan. Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya telah menutup fail inkuiri tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, beliau akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat.

Sebelum ini beliau dikaitkan isu pemilikan sejumlah saham.

Bagiamanapun, siasatan Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau bebas daripada isu berkenaan.

Tamat

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.