Rakyat Malaysia terima suntikan vaksin bulan depan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-Kira-kira satu juta rakyat negara ini akan menerima suntikan vaksin bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, suntikan vaksin seterusnya dijadualkan pada April dan Mei.

Menurutnya, suntikan vaksin fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan fasa seterusnya melibatkan golongan rentan dan pesakit kronik termasuk buah pinggang, paru-paru, diabetes dan sakit jantung.

“Pelan Imuninasi Kebangsaan COVID-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioTecNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama.

“Kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu katanya yang dipetik daripada Harian Metro, hari ini.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara di Kota Tinggi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, suntikan vaksin yang diberikan secara percuma itu akan dibuat menerusi tiga fasa imunisasi yang dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.