Pemuda Umno ulangi desakan tubuh RCI pemalsuan Mykad

KUALA LUMPUR-Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulangi desakan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) bagi menyiasat dakwaan pemalsuan Mykad.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada 12 September 2019, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pernah membuat desakan itu terhadap Pakatan Harapan.

“Pergerakan Pemuda Umno Malaysia
pernah mengeluarkan kenyataan tegas mendesak kerajaan PH bagi isu-isu berkaitan kelonggaran prosedur dan pelbagai dakwaan penyelewengan terhadap kes pemberian kewarganegaraan (MyKad) yang diragukan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu katanya, dengan pembentukan kerajaan baharu dengan nama Perikatan Nasional kini, pihaknya sekali lagi tegaskan keperluan menubuhkan RCI.

“Ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaran secara sewenang-wenangnya.

“Ingatlah kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi negara dan tidak wajar diberikan secarasewenang-wenang melainkan kepada mereka yang benar-benar layak di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara!,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.