Keluarga huni rumah terbengkalai dipindahkan LZNK

SUNGAI PETANI– Sebuah keluarga menghuni rumah terbengkalai tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik di sini mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

LZNK dalam satu kenyataan berkata, keluarga terdiri daripada tiga dewasa dan dua kanak-kanak itu telah dipindahkan ke kediaman lebih selamat dan selesa.

“Ketua keluarga berpendapatan tidak menentu dengan hasil jualan barangan lusuh yang dicari bersama isteri.

“Penempatan lama yang usang, kotor dan tidak selamat serta tidak selesa untuk kebajikan anak-anak khususnya telah dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa dan selamat,”katanya semalam.

Di sinilah keluarga terbabit tinggal sebelum ini

Kenyataan berkata, LZNK sangat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu urusan dari permulaan sehingga selesai pemindahan.

“Sesungguhnya kerjasama antara semua pihak ini membuktikan bahawa Islam itu mementingkan perpaduan,”katanya.

LZNK menyediakan kediaman lebih selamat dan selesa kepada keluarga berkenaan

Selain LZNK, urusan pemindahan keluarga terbabit melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Penghulu Mukim Sungai Petani, pihak masjid berserta penolong amil kariah dan penduduk setempat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.