PKPB di sambung di Putrajaya, Selangor dan WP Kuala Lumpur

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR– Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di sambung di Sabah, kerajaan turut melaksanakan langkah sama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes COVID-19.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan perintah PKPB di seluruh WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

“Walau bagaimanapun, setakat ini penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB di Sabah selama dua minggu pada 24 Oktober bagi membendung penularan wabak COVID-19 di sana.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.