Peluk Islam sebelum ditidurkan

Wanita ini memeluk Islam sebelum ditidurkan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita bukan Islam memohon untuk memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital negara ini.

Video wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan mengangkat jari telunjuk tangan kanan tular di media sosial, hari ini.

Wanita dijangkiti COVID-19 dipercayai berbangsa Cina itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan dibimbing petugas kesihatan.

Netizen beragama Islam rata-ratanya tersentuh dengan keikhlasan wanita itu memeluk Islam.

Mereka mengucapkan syukur dan mendoakan kebaikan buat wanita tersebut menerusi titipan komen di Facebook.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.