Bayar RM4,600 demi bertemu suami

Rokeeyoh membawa anaknya ke Malaysia demi bertemu suami tercinta

ARAU– Seorang wanita Thailand sanggup membayar RM4,600 bagi kos ujian saringan dan kuarantin demi bertemu suaminya di Perlis, Malaysia.

Rokeeyoh Hemma,28, yang tinggal di selatan Thailand masuk ke negara ini pada 28 Disember lalu bersama anaknya berusia dalam lingkungan tiga tahun.

Menerusi beberapa perkongsian wanita itu di Facebook, dia dikurantin selama 10 hari di Hotel Seri Malaysia, Perlis.

Kini, dia dan anaknya telah tamat dikurantin dan selamat pulang ke pangkuan suami selepas lama tidak bertemu.

Thailand menutup sementara sembilan pintu sempadan darat dan air dengan Malaysia bermula 22 Mac tahun lalu.

Malaysia pula masih kekal menutup pintu sempadan kepada 23 buah negara berisiko tinggi, Thailand bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai larangan.

Rentas7.com

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.