KUALA LUMPUR -Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC), pagi tadi.
Media melaporkan anggota terbabit adalah dari Perkhidmatan Rahsia AS.
Gambar anggota pasukan rahsia itu sempat dirakam oleh jurugambar Bernama ketika menjalankan kawalan keselamatan untuk presiden negaranya.
Dalam gambar berkenaan, anggota tersebut kelihatan menggalas beg taktikal dan memikul sebuah beg besar yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet. Ada yang mendakwa ia mungkin berisi senjata, termasuk senjata penembak tepat (sniper rifle).
Namun yang menjadi persoalan, bagaimana seorang anggota pasukan kerahsiaan Amerika Syarikat boleh terdedah dengan begitu jelas, lagi-lagi di hadapan lensa media?
Apakah individu itu benar-benar anggota perkhidmatan rahsia, atau hanya pegawai pengiring biasa? Tetapi dari apa dilihat, anggota terbabit bukanlah pengawal biasa.
Jika dia benar-benar anggota dalam pasukan perkhidmatan rahsia, tetapi memang terkantoi kepada umum, maka tidak pelik mengapa tentera-tentera Amerika Syarikat tidak mampu bertahan di Afghanistan selepas perang 20 tahun (2001-2021).
Mereka juga diusir dan tewas dalam perang Vietnam yang berlangsung (1955-1975).
RENTAS7








Leave a Reply