Mesyuarat bawah pokok pun boleh

KUALA LUMPUR– “Mesyuarat bawah pokok” itu coretan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Facebooknya hari ini.

Dr Zulkifli berkata, beliau hari ini menghadiri mesyuarat yang diadakan bawah pokok.

Menurutnya, mesyuarat itu berhubung kedudukan arah kubur yang dilaporkan sedikit terpesong daripada arah kiblat.

“Mesyuarat bawah pokok berhubung kedudukan kubur yang dilaporkan sedikit terpesong daripada arah kiblat.

“Perbincangan boleh dimana-mana asalkan efektif, ada persediaan, pengurusan masa yang bijak, ringkas dan paling penting, ada “follow up”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zulkifli meninjau kawasan perkuburan berkenaan

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Unik Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAWI dan jawatankuasa masjid di atas kerjasama diberikan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.