Bebas penyokong LTTE, Tommy dianggap pengkhianat negara

SUNGAI PETANI-Pelbagai pihak mendesak Tan Sri Tommy Thomas segera meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara.

Bagi rakyat khususnya, keputusannya untukĀ  membebaskan 12 lelaki didakwa pengganas sebagai pengkhianat negara.

Semalam, Tommy mengumumkan untuk memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 individu terkait kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE).

Keputusannya “memberi muka” kepada pengganas mengundang kemarahan banyak pihak.

Malah ramai yang tidak senang duduk apabila mendapat tahu 12 lelaki berdepan 34 tuduhan aktiviti keganasan akan dibiarkan berleluasa dalam tanah air, Malaysia.

Tommy kini tidak lain tidak bukan sudah dianggap individu yang tidak lagi boleh dipercayai.

Turut mendesak Tommy meletakkan jawatan ialah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus menyifatkan Tommy sudah hilang kewibawaan sebagai Peguam Negara.

“Beliau disarankan meletakkan jawatan, kami melihat kewibawaan sudah lagi tiada,”katanya hari ini.

Mustaffa

Beliau berkata, 12 individu terbukti mempunyai kaitan dengan LTTE yang dibebaskan seoalah-olah mendapat keistimewaan.

Sedangkan katanya, Situ Noor Aisyah,32, yang sebelum ini mempunyai 12 buku berkaitan pengganas dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

“Aisyah pun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sebelum hukumannya dikurangkan kepada tiga tahun.

“Tetapi bagi LTTE, Tommy kononnya menggunakan budi bicara Peguam Negara. Di mana keadilan? Pengganas boleh lepas?

“Ia sejarah dalam negara ini, 12 individu dituduh pengganas itu dibebaskan kerana mereka kaum kerabat DAP,”katanya.

Mustaffa berkata, pembebasan 12 lelaki itu bakal memberikan impak buruk kepada keselamatan negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.