Artifak banyak tapi tiada muzium

Jhangir Khan

BALING –Pelbagai bahan artifak ditemui di daerah ini termasuk perahu Sagor berusia ratusan tahun oleh penduduk di Kampung Lela Kuala Pegang pada 2 Februari lalu.

Justeru, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA) mencadangkan supaya sebuah muzium dibina di Baling.

Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, banyak bahan-bahan sejarah telah dijumpai di daerah ini dan sewajarnya sebuah muzium dibina.

Menurutnya, lokasi dicadangkan ialah di pekan Baling sama ada bina baru atau membaik pulih bangunan lama.

“Bangunan yang terbiar di daerah ini boleh di baik pulih dan jadikan sebuah muzium. Daerah Baling adalah salah satu pusat tarikan pelancongan dan sesuai jika ada muzium .

“Bahan-bahan sejarah yang dijumpai dari daerah ini boleh di simpan di sini dan dipamerkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Baling tanpa dibawa ke tempat lain” katanya.

Katanya, harapan PERKEBA supaya Kerajaan mengambil perhatian serius dalam hal ini dan dapat mempertimbangkan cadangan ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.