Malaysia benam Palestin 4-0

Malaysia tidak memberikan muka kepada Palestin apabila menang 4-0 ke atas lawan

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara memastikan maruah negara di bumi Indonesia terbela apabila membelasah Palestin 4-0 pada saingan kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Pakansari Bogor petang tadi.

Malaysia memperolehi empat gol di separuh masa kedua menerusi jaringan Muhammad Anjasmirza minit ke-50, Farid Danish minit ke-68, Arami Wafiy minit ke-74 dan Zainurhakomi minit ke-87.

Kemenangan itu memastikan
anak buah Osmero Omaro yang diundi bersama tuan rumah Indonesia berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pentas akhir tahun depan.

Malaysia akan berhadapan Guam pada 5 Oktober, bertemu Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada 7 Oktober sebelum menamatkan saingan bertemu Indonesia pada 9 Oktober.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.