Terengganu hampir cipta kejutan

KUALA TERENGGANU-JDT bangkit daripada dimalukan Terengganu dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Pasukan pelawat dikejutkan dengan gol awal tuan rumah hasil tandukan Jordan Mintah pada minit kelapan.

Di separuh masa kedua, pasukan pelawat meningkatkan tempo permainan dengan hantaran-hantaran lebih kemas.

Hasilnya jaringan penyamaan hadir pada minit ke-51 jaringan Bergson da Silva selepas pemain itu menerima lorongan bola daripada Arif Aiman yang menewaskan beberapa pemain pertahanan lawan.

Dalam satu lagi aksi, Melaka United seri 1-1 menentang tuan rumah Kuala Lumpur City Fc di Stadium KLFA Cheras.

RENTAS7/Foto: Terengganu FC

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.