Malaysia kalah lagi

HANOI– Misi balas dendam skuad kebangsaan ke atas Vietnam gagal apabila tewas 1-0 pada aksi ketiga Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium My Dinh, malam ini.

Malaysia yang turun dengan misi menebus maruah selepas dikalahkan Vietnam dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki pada 15 Disember tahun lalu bolos dengan jaringan tunggal Nguyen Quang Hai pada minit ke 40.

Harimau Malaya sukar menembusi benteng pertahanan lawan sepanjang 90 minit permainan.

Kekalahan itu ialah yang kedua selepas tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini.

Peluang Malaysia untuk mara lebih jauh dalam kempen kali ini sukar melainkan tidak keciciran mata dalam 5 baki perlawanan.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan berdepan Thailand bagi aksi seterusnya.

Daripada tiga perlawanan diharungi, Malaysia baru mengumpul tiga mata hasil kemenangan 3-2 ke atas Indonesia.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.