KUALA LUMPUR –Manis-manis yang ditunggu penyokong, termasuk harapan tinggi yang dimainkan di beberapa halaman sukan, akhirnya kembali kepada kenyataan sebenar apabila FAM disahkan bersalah oleh FIFA.
Dalam keputusan terbaharu dikeluarkan 3 November, badan induk dunia itu mengekalkan hukuman ke atas FAM serta tujuh pemain warisan kontroversi selepas FAM gagal membuktikan asas kukuh terhadap dakwaan pemalsuan dokumen.
Perkembangan ini menyaksikan skuad Harimau Malaya kini berdepan situasi getir menjelang baki perlawanan Kelayakan Piala Asia Kumpulan F, dengan harapan yang semakin tipis untuk layak ke kejohanan berprestij itu yang kali terakhir dicapai selepas penantian 43 tahun di bawah bimbingan Kim Pan-gon.
FAM turut dikenakan denda RM1.8 juta, manakala tujuh pemain terbabit digantung selama 12 bulan serta masing-masing dikenakan denda RM10,411.
Di sebalik keputusan ini, timbul persoalan besar adakah Malaysia bakal mengucapkan “selamat tinggal” kepada Piala Asia sekiranya FIFA turut memotong mata atas kesalahan menurunkan pemain yang tidak layak?
RENTAS7








Leave a Reply