Waris Sultan terakhir Patani masih hidup

Sultan Tengku Abdul Kadir (kiri) manakala cicitnya kanan

PATANI-Waris kesultanan Melayu Patani yang terakhir masih hidup hingga kini.

Berdasarkan perkongsian pengguna akaun IdiAmin Dewani di Facebook, Yang Mulia (YM) Tengku Ahmad Muzaffar adalah cicit kepada Sultan terakhir Patani iaitu Sultan Tengku Abdul Kadir (1909 ).

Perkongsian itu turut dikongsi pengguna Facebook lain dan mendapat tanda suka netizen termasuklah ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Individu berkenaan menjawab soalan netizen memaklumkan waris berkenaan tinggal di Malaysia.

Untuk rekod, Patani dicantumkan ke dalam Siam dengan campur tangan British pada tahun 1909.

Patani Darussalam ialah sebuah negeri milik Melayu Patani yang berdaulat.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.