Lelaki lemas cuba selamat teman wanita ditemui

Pasukan bomba yang terlibat dalam operasi SAR pada hari ketiga

KUCHING– Mayat seorang lelaki yang lemas di Sungai Sarawak sejak Khamis lalu ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) siang tadi.

Mayat mangsa ditemui pasukan bomba dalam keadaan terapung pada jam 12.05 tengah hari.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, mangsa yang berusia 33 tahun lemas dalam ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya yang terjatuh dalam sungai tersebut.

Bagaimanapun teman wanitanya berjaya diselamatkan oleh jurukemudi tongkang yang berlabuh di Jambatan Gantong Satok.

Rentas7/ Foto: Pak Din

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.