“Bekerja kerana ALLAH”- pesanan Dr Noor Hisham kepada frontliners

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR– Pasang niat bekerja kerana ALLAH sebelum bertugas.

Pesanan penuh ikhlas itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada semua petugas barisan hadapan.

“Saya menyeru kepada semua “frontliners” iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT.

“Insha Allah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT,”katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya malam ini.

Beliau turut mengingatkan semua petugas bahawa ajal dan maut ditentukan oleh ALLAH.

Beliau turut berkongsi dua potong ayat al-Quran (Ali Imran:185) dan Surah (Al-Baqarah: 156)

Negara hari ini mencatatkan 3,339 jumlah kes harian positif COVID-19.

Manakala jumlah kes sembuh harian pula ialah sebanyak 2,676 kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.