Malaysia sudah catat lapan kes kematian

KUALA LUMPUR– Korban COVID-19 di negara ini, hari ini meningkat kepada lapan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.

“Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini,”katanya.

Selepas kes kematian dicatat petang semalam, kes keempat menyusul pada jam 1.30 pagi tadi membabitkan kes ke-238, lapor media.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.