Kuala Ketil cipta sejarah menang 4 penggal berturut-turut

Mejar (B) Mansor Zakaria

BALING– Di sebalik kejayaan manis Perikatan Nasional (PN) merampas tiga DUN di Baling, DUN Kuala Ketil pula memahat sejarah tersendiri.

DUN Kuala Ketil berjaya merekodkan kemenangan empat penggal berturut-turut dibawah ADUN dari PAS.

Ketua Urusan Jabatan Pilihanraya Dun (JPrd) Kuala Ketil, Ustaz Nazri Yaacob berkata, rahsia kemenangan DUN Kuala Ketil bagi empat penggal berturut-turut adalah hasil kerja kuat seluruh jentera parti.

“Alhamdulillah, semuanya bekerja dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas.

“Syukur kepada Allah kita berjaya mengekalkan DUN Kuala Ketil seperti mana slogan kita iaitu Kuala Ketil Kekal Hijau,”katanya kepada RENTAS7.

Calon PN Kuala Ketil, Mejar B Mansor Zakaria yang juga penyandang kerusi DUN Kuala Ketil pada PRU 14 lalu menang majoriti 16,521 menumpaskan calon BN diwakili Suriati Che Mid.

Sebelum ini DUN Kuala Ketil dimenangi dua penggal berturut-turut oleh YB Haji Md. Zuki Yusof.

Dalam pada itu Baling secara tidak langsung mempunyai empat YB dibawah PN bagi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi bagi DUN Kuala Ketil, Kupang dan Bayu.

RENTAS7

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.