“Jari ini pernah tekan picu M-16” tentera sekolahkan pemimpin Warisan

KUALA LUMPUR-Pasukan keselamatan menterjemahkan kemarahan terhadap penghinaan kepimpinan Warisan Plus dalam dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Menerusi posting seorang tentera di Facebook, anggota terbabit jelas tidak dapat menerima penghinaan dilemparkan pemimpin politik tersebut.

Mujahidin Hj Sawaijaan (gambar depan dari kiri) menulis dengan mesej yang ringkas namun memberikan erti yang sangat mendalam terutamanya kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Jari ini pernah menekan picu M16 di Tanduo dan jari ini juga yang memangkah parti mana yang menghargai nilai sebuah keamanan dan pengorbanan anggota keselamatan,”tulisnya di Facebook.

Mujahidin turut menyertakan tiga keping gambar dalam status tersebut.

Sekeping gambar menunjukkan celupan dakwat pada jari selepas selesai mengundi.

Dua lagi gambarnya dipercayai dalam operasi menentang penceroboh Lahad Datu pada 2013.

Setakat jam 10.13 malam status itu mendapat hampir 10,000 tanda suka dan ribuan komen pujian daripada netizen.

Kesemua warganet menyokong penuh kenyataan anggota berkenaan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sanimah Samsudin berkata, pasukan keselamatan adalah wira rakyat.

“kalianlah wira kami…semoga perjuangan kalian dilimpahi keberkatan dan rahmat dari Allah..Aamiin Aamiin ya Mujib,”katanya.

Abdulllah Husin pula menulis dengan mendoakan segala pengorbanan pasukan keselamatan di balas ALLAH.

Malah netizen yang marah dengan pemimpin Warisan Plus menyindir pemimpin itu sebagai beruk.

“Terima Kasih atas perjuangan mu.
Kalau terserempak “Beruk” yang buat bising tu tekan lah picu tu lagi,”tulis Farah Jay.

Terdahulu, pemimpin Warisan Plus
Datuk Mohamaddin Ketapi menyindir pasukan keselamatan.

Beliau menyifatkan pasukan keselamatan hanya bertempur dengan ayam dan anjing ketika pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Mohammadin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya juga mengatakan pencerobohan itu hanya sebagai sandiwara politik.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.