Korea selatan sukar teruskan kemaraan

Korea selatan boleh melupakan hasrat meneruskan kemaraan pada kempen Piala Dunia kali ini apabila tumbang 1-0 kepada Sweden dalam aksi Kumpulan F di Stadium Nizhny, Novgiorad, malam tadi.

Wakil keempat Asia yang beraksi selepas Arab Saudi, Iran dan Australia itu bernasib baik apabila hanya dibolosi oleh sepakan penaliti pada minit ke-66 yang disempurnakan Andreas Grangvist.

Korea selatan berjaya mengawal tempo permainan lawan, namun pasukan dibimbing Shin Tae- yong itu gagal melancarkan serangan berbahaya.

Sepanjang 90 minit permainan, hanya empat percubaan berjaya dilakukan ke arah pintu gol lawan berbanding 15 percubaan oleh Sweden.

Anak buah Janne Andersson juga hampir merobek gawang Korea selatan dengan lima percubaan tepat.

Bagi perlawanan seterusnya bertemu Mexico, pasukan dikenali dengan jolokan the Teaguk Warriors itu tampak bakal berdepan kesukaran mencipta kemenangan atau sekurang-kurangnya seri.

Ketika menewaskan Jerman 1-0 pada Ahad lalu, Mexico dilihat mempunyai kekuatan seimbang di semua posisi .

Kekuatan pasukan itu digandakan lagi dengan kepantasan penyerang dan pemain sayap mereka.

Kelebihan itu mampu melenyapkan impian penyokong Korea Selatan yang mahu melihat pasukan mereka layak ke pusingan kalah mati.

Tiga kelemahan utama dikenal pasti sebagai ancaman terbesar Korea selatan bagi edisi kali ini.

Pertama, pemain Korea selatan perlahan ketika mengatur serangan dan peluang itu dimanfaatkan lawan untuk bertahan.

Penyerang Korea selatan juga sukar menyaingi fizikal lawan lebih tinggi dan mudah kehilangan bola.

Bertemu skuad El Tri dengan kelemahan itu, gawang pasukan tujuh kali pernah layak ke Piala Dunia itu tidak mustahil bolos dengan tiga gol tanpa balas.

Sumber : Rentas7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.