Ingatkan Majlis Perbandaran Taipei!

Piala Nga Kor Ming Ke-14

KUALA LUMPUR-Ingatkan Majlis Perbandaran Taipei!

Itulah rata-rata sindiran dan rasa kurang senang netizen terhadap Pertandingan Kaligrafi Cina Piala Nga Kor Ming Ke-14 yang dimuat naik oleh halaman Facebook Majlis Perbandaran Taiping.

Lebih memburukkan keadaan apabila hanya bahasa Mandarin diletakkan pada poster hebahan pertandingan itu.

Namun, poster di Facebook Majlis Perbandaran Taiping itu telah dikemas kini dalam bahasa Melayu dan diletakkan di atas bahasa Mandarin berbanding versi asal yang mengundang pertikaian, lapor sebuah portal berita.

Komen netizen

Rata-rata warga maya menyatakan rasa kurang senang di atas penganjuran berkenaan kerana dilihat sebagai membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Antara komen warga maya

Aiman Iman menulis; “Tulisan Jawi tu asal usul bahasa melayu, bahasa kebangsaan yg patut dimartabatkan. Kaligrafi cina ni sah2 untuk bangsa cina sahaja,” katanya di ruang komen.

Antara maklum balas ramai

“Aik..ingt bahasa kebangsaan dah jadi bahasa kedua tadi…dah kena kecam baru nak tukar..,” tulis Zulhelmi Abd Rahman.

“Memang kalau buat sesuatu benda tak perlu rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ke?? Apa cerita DBP?? Naik signboard mintak rujuk DBP, dalam signboard tak boleh campur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris..ini siap Bahasa Cina menjadi keutamaan untuk PBT Majlis Perbandaran Taiping..,”tulis Isyraq Ariff.

Bahkan ada netizen mencadangkan supaya dianjurkan juga pertandingan kaligrafi tulisan Jawi supaya lebih adil.

Program akan diadakan pada 28 Januari depan adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping.

Wong Kah Woh dari DAP adalah Ahli Parlimen Taiping.

Ramai turut mempersoal apa kaitan dan sumbangan Nga Kor Ming yang merupakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan merangkap Naib Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Teluk Intan itu dengan bandar Taiping sehingga perlu menganjurkan piala yang menggunakan namanya.

Is berikutan pertandingan itu disebut oleh Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan Majlis Perbandaran Taiping seperti dilaporkan Malaysia Kini merupakan salah satu acara sempena sambutan 150 tahun bandar Taiping.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.