Dua anggota polis Thailand parah diserang hendap kumpulan pejuang Patani

Kenderaan pasukan polis Siam yang diserang kumpulan pejuang kemerdekaan Patani

PATANI– Dua anggota polis sempadan Thailand parah selepas diserang hendap oleh pasukan pejuang kemerdekaan Patani dalam kejadian di Kampung Besu, Daerah Thanto Wilayah Yala semalam.

Kejadian berlaku pada jam 3.15 petang itu melibatkan dua orang leftenan bernama Thanakrit chaihaow dan Watchari Mayachiew.

Mereka telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dalam perkembangan berasingan, pihak kerajaan Thailand telah memanggil 40 aktivis Muslim Patani yang terlibat dengan penganjuran Himpunan Melayu Raya pada Aidilfitri tahun lalu.

Mereka berdepan tindakan tegas undang-undang oleh kerajaan Thailand sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Patani.

Himpunan di tepi Pantai Wa Sukri di Saiburi pada hari raya kedua Aidilfitri tahun lalu itu menghimpunkan puluhan ribu anak muda berpakaian lengkap busana Melayu.

Meskipun himpunan berkenaan hanya semata-mata mengangkat jati diri dan kebudayaan Melayu Patani tetapi kerajaan Thailand dilihat takut dengan suasana itu yang dianggap sebagai sebuah ‘gelombang kebangkitan’ rakyat Patani.

Berdasarkan situasi semasa, konflik selatan Thailand dijangka lebih panas tahun ini.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.