MACMA bantu keluarga mualaf

Keluarga mualaf dibantu MACMA

KULIM-Sebuah keluarga mualaf yang dikurantin di Sungai Seluang menerima bantuan makanan dan zakat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) daerah Kulim, semalam.

Pengerusinya, Mohd Hadi Firdaus Ang berkata, pihaknya tampil meringankan bebanan keluarga tersebut yang baru sahaja selesai dikurantin.

“Keluarga ini dikurantin selama dua minggu dan alhamdulillah keputusannya negatif.

“Semua ahli keluarga dalam keadaan sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa,”katanya.

Beliau berkata, MACMA juga melakukan khidmat sosial dengan mengagihkan makanan segera kepada beberapa buah keluarga sekitar Kulim.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.