Gol gila dalam sejarah bola sepak dunia

Jaringan Luqman meranap impian tuan rumah

KUALA LUMPUR-Gol penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin menentang Kemboja malam tadi boleh disifatkan paling gila dalam sejarah bola sepak dunia.

Pada minit ke-67 Luqman yang menerima hantaran ke belakang rakan sepasukan meledak gol dari kawasan bulatan di tengah padang.

Rembatan kencang itu melepasi pertahanan dan memerangkap penjaga gol lawan untuk Malaysia B-18 menjarakkan kedudukan dengan tuan rumah.

Gol sebegitu sukar dilihat dan dilakukan mana-mana pemain dalam mana-mana edisi kejohanan termasuklah Piala Dunia.

Sebelum jaringan itu, Malaysia beraksi dengan sembilan pemain berpunca dua pemain kebangsaan dilayangkan kad merah selepas 14 minit separuh masa kedua.

Kemboja yang ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama  bangkit untuk menjadikan keputusan 3-2 dan mereka hampir menyamakan kedudukan.

Namun jaringan penuh bergaya Luqman ternyata merentap semangat tuan rumah buat seketika.

Jaringan Luqman menewaskan penjaga gol lawan

Terdahulu dalam aksi sengit Kelayakan Kejuaraan B-19 2020 Kumpulan G di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh berakhir dengan Malaysia melakar kemenangan 5-4 ke atas Kemboja.

Percubaan tepat dilakukan pemain remaja negara itu, jelas menunjukkan Luqman cepat dan cekap mengenal pasti peluang menjaringkan gol walaupun dia berada di posisi yang sukar.

Pemain itu bijak menyambar peluang dengan melakukan keputusan yang di luar jangkaan pertahanan dan penjaga gol lawan.

Pada 10 Oktober lalu media antarabangsa berpangkalan di Britain, The Guardian memilih Luqman berusia 17 tahun sebagai 60 pemain remaja terbaik dunia.

Luqman atas dari kanan diletak sebaris dengan pemain-pemain terbaik dunia

Luqman anak keliharan Kota Bharu Kelantan disenaraikan sebagai pemain yang mempunyai bakat yang bagus.

Malaysia mempunyai tiga lagi baki perlawanan perlu diharungi bagi melayakkan ke pusingan akhir Kejuaraan AFC 2020.

Skuad kebangsaan perlu mengelak daripada seri atau tewas bagi mengutip mata maksimum sekaligus layak secara automatik.

Sandaran seluruh rakyat Malaysia kini terletak pada Luqman dan rakan-rakan.

Kejayaan layak ke kejohanan AFC 2020 bakal mencerahkan peluang anak buah Brad Maloney layak ke Piala Dunia B-21 2021 di Indonesia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.