Empat maut, sembilan cedera dibom

PATANI– Empat sukarelawan tentera maut, tiga parah dan enam cedera ringan dalam siri serangan bom terbaru di jalan raya Kolae Pilae Mukim Paka Harang, daerah Muang, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.55 malam waktu tempatan itu,  kumpulan sukarelawan dipercayai sedang bertugas turut diserang dengan beberapa das tembakan.

Api daripada letupan bom masih kelihatan tidak lama selepas serangan

Fajar Harian melaporkan, dua mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital.

Mangsa dikenali, Usman Yasari (tempat kejadian), Abdul Fattah Senrem (tempat kejadian), Usman Tasamoh (hospital) dan Chutawat Massi (hospital).

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki  ditembak mati di Yala pada 11.22 malam tadi.

Mangsa, Faisol Cekteh,30, adalah anak lelaki kepada timbalan penghulu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.