30 PATI ceroboh Sabah ditangkap

Kesemua PATI ini menceroboh dan cuba mengaut hasil laut negara dengan cara haram

KUDAT– Seramai 30 lelaki pendatang asing tanpa izin ( PATI) ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Imigresen Kudat selepas menceroboh perairan negara kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, kesemua PATI berkenaan telah melakukan aktiviti perikanan di perairan Kudat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, ASP Cyril Douglas berkata, kesemua PATI yang menaiki dua buah kapal nelayan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PATI dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat jenayah maritim boleh disalurkan terus kepada PPM di talian 24 jam menggunakan aplikasi whatsapp le Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.