Gelagat ibu badak ajar anak makan cuit hati netizen

Gambar dua ekor badak ini dikongsi di Facebook PERHILITAN

KUALA LUMPUR-Gambar yang menunjukkan gelagat seekor anak badak mengajar anaknya makan, bergerak dan berenang mencuit hati netizen.

Kedua-dua badak yang dilepaskan di tasik Paya Indah Wetlands (PIW) Dengkil, Selangor yang mencuit itu dikongsi di Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) hari ini.

Kebanyakan netizen yang tersentuh dengan gambar berkenaan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat sendiri haiwan itu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar danTaman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), anak badak berkenaan lahir pada 24 Mei lalu.

“Pemantauan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ke atas kedua-dua anak dan ibu sejurus dilepaskan ke tasik PIW pada 31 Mei 2021 mendapati ibu Badak Air tersebut mengajar anaknya untuk makan, bergerak dan berenang serta kemahiran menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran,” kata jabatan itu.

PERHILITAN berkata, badak seberat 40 kilogram ketika lahir merupakan anak kepada pasangan Cendana (betina) dan Baby (jantan).

“Untuk makluman bersama, Cendana merupakan ibu kepada seekor lagi Badak Air bernama Lily (betina) yang kini berusia 10 tahun,” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.