Yusuf Azmi tuntut Muzaffar mohon maaf secara langsung di FB Jakel

KUALA LUMPUR-Aktivis, Yusuf Azmi menuntut adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel supaya memohon maaf secara terbuka.

Menerusi posting Facebook, Yusuf Azmi berkata, beliau mahu Muzaffar Jakel membuat pengakuan maaf secara siaran langsung di Facebook (FB) Jakel dengan segera.

“Bukan membuat permohonan di IG (Instagram) sendiri. Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus.

“Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel.
Harap Maklum..,”katanya hari ini.

Kenyataan Muzaffar yang kurang disenangi ramai mengundang kempen boikot rakyat Malaysia terhadap perniagaan Jakel di media sosial.

Akibat tindakan itu, Mohamed Faroz mewakili seluruh keluarga Jakel tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia pada semalam.

Pada 1 Mei lalu, Muzaffar di Intagram Story seperti mengecam orang Melayu apabila ramai yang mempertikai pembukaan gedung itu pada hari ini (4 Mei).

Rentas7.com/Foto FB Yusuf Azmi

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.